Langkau ke kandungan

Kajian kes · Landing Page

SYNAX — Landing Page Mengikut Segmen

Tiga landing page jualan untuk tiga kumpulan umur, disambung terus ke ERP dan pembayaran klien.

Status
Sistem Sebenar
Jenis
Sales Landing Pages + Integrasi ERP
Kategori
Landing Page
Dikemas kini
Okt 2026
Hero landing page SYNAX untuk mak ayah anak prasekolah 3 hingga 6 tahun
Hero landing page SYNAX untuk mak ayah anak sekolah rendah 7 hingga 12 tahun
Hero landing page SYNAX untuk mak ayah calon SPM dan remaja

§1Pengenalan

SYNAX menjual produk yang sama kepada mak ayah dengan anak berbeza umur. Satu halaman untuk semua tidak dapat bercakap dengan tepat kepada setiap kumpulan — jadi kami bina tiga.

§2Cabaran bisnes

Kebimbangan mak ayah anak tadika, anak sekolah rendah dan calon SPM sangat berbeza, begitu juga arahan pengambilan dan pakej yang sesuai. Pada masa yang sama, setiap pesanan perlu masuk terus ke sistem ERP klien dengan harga yang betul, tanpa kerja manual, dan prospek yang tidak menghabiskan borang tidak boleh hilang.

§3Pendekatan penyelesaian

Tiga landing page statik yang laju, masing-masing dengan masalah, visual, arahan dan pakej mengikut segmen. Borang pesanan dibina dalam halaman dan dihantar ke API ERP klien yang mengira harga sendiri; halaman menyemak semula harga sebelum pembayaran. Prospek separa siap direkod secara automatik, dan acara Meta Pixel dihantar dengan ID yang mengelakkan kiraan berganda.

§4Ciri utama

Apa yang boleh anda lihat & cuba.

Hanya ciri yang telah disemak pada laman langsung disenaraikan di sini.

  1. 01

    Tiga segmen, tiga halaman

    Prasekolah (3–6), sekolah rendah (7–12) dan SPM (13+) — setiap satu dengan masalah, visual, arahan pengambilan dan pakej tersendiri.

  2. 02

    Semakan interaktif ‘SAYA PUN!’

    Pelawat menanda situasi yang mereka lalui dan meter tahap cabaran dikemas kini serta-merta — melibatkan pelawat sebelum tawaran dipaparkan.

  3. 03

    Pesanan terus ke ERP klien

    Borang dalam halaman menghantar pesanan ke API checkout ERP. Harga dikira oleh pelayan, dan halaman membatalkan proses jika harga tidak sepadan sebelum pelanggan dicaj.

  4. 04

    Tiga cara bayaran

    Online melalui Billplz dengan halaman terima kasih, COD, dan COD Time Gaji dengan tarikh penghantaran yang dipilih pelanggan.

  5. 05

    Tangkapan prospek automatik

    Butiran yang sudah diisi dihantar sebagai prospek ke ERP apabila pelawat berhenti menaip atau meninggalkan halaman, supaya pasukan jualan boleh membuat susulan.

  6. 06

    Penjejakan iklan yang tepat

    Acara Lead dan Purchase dihantar ke Meta Pixel dengan ID acara; pembelian online hanya dikira selepas pembayaran disahkan.

  7. 07

    Kos penghantaran ikut poskod

    Kos penghantaran dianggarkan secara automatik berdasarkan poskod Semenanjung atau Sabah/Sarawak.

  8. 08

    Laju & tanpa build

    HTML, CSS dan JavaScript statik dengan imej WebP — tiada framework atau langkah build, mudah dideploy ke pelayan sedia ada.

§5Tangkapan skrin

  • 01Segmen prasekolah (3–6 tahun): mesej, visual dan arahan pengambilan khusus.
  • 02Segmen sekolah rendah (7–12 tahun).
  • 03Segmen SPM / remaja 13+.
  • 04Semakan interaktif ‘SAYA PUN!’: pelawat menanda situasi yang mereka lalui.
  • 05Pakej mengikut tempoh penggunaan, berbeza bagi setiap segmen.
  • 06Borang pesanan tiga langkah terus dalam halaman.

1 / 6

Hero landing page SYNAX untuk mak ayah anak prasekolah 3 hingga 6 tahun

Segmen prasekolah (3–6 tahun): mesej, visual dan arahan pengambilan khusus.

Nota: Sistem Sebenar

  • Laman jualan langsung milik klien di synaxhq.site. Harga, testimoni dan maklumat produk adalah kandungan klien.
  • Skop projek ini ialah tiga landing page segmen di /lp/; halaman produk utama synaxhq.site adalah laman klien yang berasingan.
  • Tangkapan skrin diambil tanpa mengisi borang pesanan dan dengan penjejakan iklan disekat, supaya tiada data palsu masuk ke sistem klien.

Projek lain

Semua Hasil Kerja

Perlukan Landing Page Jualan seperti ini? Mari bincang.