§SServis
Dari halaman jualankepada sistem penuh.
Lapan servis, satu pendekatan: fahami bisnes dahulu, kemudian bina apa yang benar-benar diperlukan. Harga diberikan selepas skop dipersetujui — tiada pakej tetap yang memaksa.
Landing Page Jualan
Satu halaman, satu tugas: tukar pelawat iklan kepada pembeli.
Untuk siapa
Peniaga online, pemilik produk dan bisnes yang menjalankan iklan Facebook, TikTok atau Google.
Masalah yang diselesaikan
- Iklan mendapat klik, tetapi pelawat tidak membeli.
- Tawaran dan harga pakej sukar difahami di telefon.
- Pesanan masuk berselerak dan sukar dijejak.
Hasil serahan biasa
- Struktur kandungan & susunan tawaran
- Reka bentuk mobile-first
- Aliran pesanan (contoh: ke WhatsApp)
- Asas SEO & kelajuan
- Pemasangan pada domain anda
Contoh kerja
- Aina Herb — Susu KachaDemo Portfolio
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis IniWebsite Bisnes & Korporat
Profil syarikat yang meyakinkan, laju dan mudah dikemas kini.
Untuk siapa
SME, syarikat servis dan organisasi yang perlukan kehadiran rasmi dalam talian.
Masalah yang diselesaikan
- Website lama tidak mencerminkan kualiti bisnes sebenar.
- Bakal pelanggan tidak jumpa maklumat penting dengan cepat.
- Website sukar dikemas kini tanpa bantuan teknikal.
Hasil serahan biasa
- Seni bina maklumat & halaman
- Reka bentuk responsif
- Halaman servis, profil & hubungi
- SEO teknikal (metadata, sitemap)
- Panduan pengurusan kandungan
Contoh kerja
Contoh awam akan ditambah. Tanya kami untuk perbincangan projek berkaitan.
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis IniE-Commerce & Produk Digital
Kedai online dan platform jualan produk digital.
Untuk siapa
Jenama produk, penjual dropship/agen dan pencipta kursus atau modul digital.
Masalah yang diselesaikan
- Bergantung sepenuhnya pada marketplace dan yuran platform.
- Proses bayaran dan akses produk digital dibuat secara manual.
- Katalog dan stok sukar diurus apabila produk bertambah.
Hasil serahan biasa
- Katalog produk & pakej
- Aliran checkout
- Akses produk digital selepas bayaran
- Integrasi pembayaran (ikut pilihan)
- Dashboard pengurusan asas
Contoh kerja
Contoh awam akan ditambah. Tanya kami untuk perbincangan projek berkaitan.
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis IniWeb App Custom
Aplikasi web yang ikut aliran kerja bisnes anda — bukan sebaliknya.
Untuk siapa
Bisnes yang prosesnya unik dan tidak sesuai dengan perisian siap.
Masalah yang diselesaikan
- Perisian sedia ada memaksa pasukan mengubah cara kerja.
- Kerja penting masih bergantung pada spreadsheet dan mesej.
- Data tersebar di beberapa alat yang tidak bercakap antara satu sama lain.
Hasil serahan biasa
- Analisis aliran kerja
- Prototaip interaktif
- Aplikasi web dengan akses mengikut role
- Integrasi API
- Dokumentasi & serahan
Contoh kerja
Contoh awam akan ditambah. Tanya kami untuk perbincangan projek berkaitan.
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis IniSistem CRM & ERP
Satu sistem untuk order, pelanggan, bayaran, logistik dan pasukan.
Untuk siapa
Bisnes jualan online dan operasi yang mempunyai beberapa jabatan atau ramai staf.
Masalah yang diselesaikan
- Order diurus dalam WhatsApp dan spreadsheet berasingan.
- Bayaran sukar disahkan dan status penghantaran tidak jelas.
- Pengurusan tidak dapat melihat prestasi secara keseluruhan.
Hasil serahan biasa
- Modul order & pelanggan
- Pengesahan bayaran
- Pipeline logistik & stok
- Modul HR (ikut keperluan)
- Dashboard & laporan mengikut role
Contoh kerja
- ODAJAH ERP — Demo InteraktifDemo Portfolio
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis IniPembangunan SaaS
Daripada idea produk kepada platform berlangganan yang boleh dijual.
Untuk siapa
Founder dan bisnes yang mahu menjadikan proses atau kepakaran mereka sebagai produk perisian.
Masalah yang diselesaikan
- Idea produk ada, tetapi tiada pasukan teknikal.
- Perlu versi awal (MVP) untuk diuji dengan pengguna sebenar.
- Perlu asas yang boleh berkembang apabila pengguna bertambah.
Hasil serahan biasa
- Skop MVP & keutamaan ciri
- Akaun pengguna & peranan
- Reka bentuk produk
- Pembangunan & pelancaran
- Pelan penambahbaikan berfasa
Contoh kerja
Contoh awam akan ditambah. Tanya kami untuk perbincangan projek berkaitan.
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis IniAutomasi AI & AI Agent
Kurangkan kerja berulang dengan aliran automasi dan AI yang terkawal.
Untuk siapa
Pasukan yang menghabiskan masa pada balasan berulang, kemasukan data dan laporan.
Masalah yang diselesaikan
- Staf menjawab soalan yang sama berulang kali.
- Data disalin secara manual antara sistem.
- Laporan harian mengambil masa berjam-jam untuk disediakan.
Hasil serahan biasa
- Pemetaan proses yang boleh diautomasi
- Aliran automasi / AI agent
- Integrasi dengan alat sedia ada
- Kawalan & semakan manusia
- Panduan penggunaan
Contoh kerja
Contoh awam akan ditambah. Tanya kami untuk perbincangan projek berkaitan.
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis IniAutomasi Marketing
Follow-up, segmentasi dan kempen yang berjalan secara konsisten.
Untuk siapa
Bisnes yang mempunyai senarai prospek dan pelanggan tetapi tiada proses follow-up yang tersusun.
Masalah yang diselesaikan
- Prospek hilang kerana tiada follow-up.
- Kempen dihantar secara manual dan tidak konsisten.
- Tidak tahu sumber iklan mana yang menghasilkan jualan.
Hasil serahan biasa
- Aliran follow-up prospek
- Segmentasi & penjejakan sumber
- Templat mesej kempen
- Integrasi borang & CRM
- Dashboard ringkas
Contoh kerja
Contoh awam akan ditambah. Tanya kami untuk perbincangan projek berkaitan.
HargaSebut harga ikut skop
Tanya Servis Ini§PProses pembangunan
Jelas dari hari pertama.
Anda tahu apa yang sedang dibina, bila boleh disemak dan apa langkah seterusnya — pada setiap fasa.
- 01
Diskusi & Skop
Kami fahamkan bisnes, pelanggan dan masalah sebenar sebelum bercakap tentang teknologi.
→ Skop kerja & cadangan
- 02
Reka Bentuk & Prototaip
Struktur, aliran dan rupa dibina sebagai prototaip supaya anda nampak hasilnya lebih awal.
→ Prototaip untuk semakan
- 03
Pembangunan
Pembangunan berfasa dengan pautan semakan, supaya maklum balas masuk sepanjang jalan.
→ Versi ujian
- 04
Ujian & Pelancaran
Semakan fungsi, telefon, kelajuan dan SEO asas, kemudian dilancarkan pada domain anda.
→ Sistem dilancarkan
- 05
Sokongan & Penambahbaikan
Sistem yang baik terus berkembang. Penambahbaikan seterusnya dirancang bersama.
→ Pelan fasa seterusnya