Langkau ke kandungan

Kajian kes · SaaS

MHM Business Suite — WhatsApp Team, OMS & CRM

Satu ruang kerja untuk pasukan: inbox WhatsApp bersama, pesanan dan CRM — untuk banyak organisasi.

Status
Sistem Sebenar
Jenis
SaaS Berbilang Organisasi
Kategori
SaaS
Dikemas kini
Nov 2026
Inbox WhatsApp bersama dengan senarai perbualan, mod kolaborasi dan perbualan pelanggan

§1Pengenalan

MHM Business Suite ialah produk MHM sendiri untuk pasukan jualan yang bekerja melalui WhatsApp: perbualan, pesanan dan pelanggan berada dalam satu ruang kerja, bukan bertaburan di telefon setiap staf.

§2Cabaran bisnes

Banyak bisnes menjalankan jualan melalui satu nombor WhatsApp yang dipegang oleh beberapa staf. Perbualan terlepas, tiada siapa tahu siapa yang patut membalas, pesanan dicatat secara manual dan pemilik tidak dapat melihat prestasi pasukan.

§3Pendekatan penyelesaian

Satu platform berbilang organisasi dengan tiga modul yang berkongsi teras yang sama: WhatsApp Team untuk inbox bersama dan pemantauan respons, Order Management untuk pesanan dan bayaran, dan CRM untuk pelanggan, peluang jualan dan follow-up. Pesanan, peluang dan follow-up boleh dicipta terus daripada perbualan WhatsApp.

§4Ciri utama

Apa yang boleh anda lihat & cuba.

Hanya ciri yang telah disemak pada laman langsung disenaraikan di sini.

  1. 01

    Inbox WhatsApp bersama

    Satu inbox untuk pasukan dengan penapis nombor dan ejen, tugasan perbualan, label dan arkib.

  2. 02

    Mod kolaborasi

    SHARED, ASSIGNED atau EXCLUSIVE — menentukan siapa boleh membalas setiap perbualan.

  3. 03

    Akses nombor terkawal

    Akses kepada setiap nombor WhatsApp diberikan secara berasingan; tugasan perbualan sahaja tidak memberi akses.

  4. 04

    Pemantauan team

    Perbualan belum dibalas, purata masa respons dan atribusi balasan kepada ejen.

  5. 05

    Order Management

    Pesanan fizikal dan digital, status pesanan dan bayaran yang berasingan, rekod bayaran manual, refund, penghantaran dan akses digital.

  6. 06

    CRM & pipeline

    Profil pelanggan, beberapa peluang jualan bagi setiap pelanggan, peringkat, keutamaan, ejen dan paparan Kanban.

  7. 07

    Follow-up

    Peringatan follow-up untuk pasukan dengan pemilik dan jadual; mesej kepada pelanggan dihantar selepas semakan ejen.

  8. 08

    Terus daripada perbualan

    Cipta peluang jualan, pesanan atau follow-up terus daripada perbualan WhatsApp.

  9. 09

    Teras berbilang organisasi

    Pendaftaran organisasi, ahli pasukan, peranan, pelan langganan dan audit — setiap organisasi dengan ruang kerja sendiri.

§5Tangkapan skrin

  • 01WhatsApp Team: satu inbox untuk seluruh pasukan, dengan mod kolaborasi SHARED, ASSIGNED atau EXCLUSIVE.
  • 02Ruang kerja organisasi: satu akaun, beberapa modul.
  • 03Pemantauan team: perbualan belum dibalas, purata masa respons dan atribusi balasan ejen.
  • 04CRM Pipeline: peluang jualan mengikut peringkat dalam paparan Kanban.
  • 05Peluang jualan: seorang pelanggan boleh ada beberapa peluang, setiap satu dengan ejen dan keutamaan.
  • 06Follow-up: peringatan untuk pasukan; mesej kepada pelanggan dihantar selepas semakan ejen.
  • 07Order Management: status pesanan dan status bayaran yang berasingan.
  • 08Butiran pesanan: bayaran, penghantaran, akses digital dan sejarah.
  • 09Katalog produk fizikal dan digital.

1 / 9

Inbox WhatsApp bersama dengan senarai perbualan, mod kolaborasi dan perbualan pelanggan

WhatsApp Team: satu inbox untuk seluruh pasukan, dengan mod kolaborasi SHARED, ASSIGNED atau EXCLUSIVE.

Nota: Sistem Sebenar

  • Tangkapan skrin diambil daripada salinan tempatan dengan organisasi dan data rekaan sepenuhnya (‘Kedai Rekaan Demo’, ‘Pelanggan Demo’), bukan daripada app.mhmacademy.site.
  • Gateway WhatsApp dimatikan semasa tangkapan skrin; perbualan contoh dimasukkan ke database tempatan mengikut corak ujian sintetik repo.
  • Sambungan WhatsApp menggunakan Baileys (WhatsApp Web tidak rasmi), seperti yang dinyatakan dalam aplikasi.
  • Modul bertanda ‘Akan datang’ dalam aplikasi (contoh: Finance, HR, AI Sales Closer) belum tersedia dan tidak didakwa di sini.

Projek lain

Semua Hasil Kerja

Perlukan Pembangunan SaaS seperti ini? Mari bincang.